Testimoni

Berjaya dapat temuduga dan bekerja

Saya berjaya dapat temuduga dan sudah pun bekerja. Terima kasih! ??
Ct Mariah

Sudah mendapat kerja

Saya sudah mendapat kerja..tq

Azam Azmi

Really thankful

Hi, Im really thankful sebab saya guna format resume ni, dapat kerja. Senang untuk format resume and saya dapat banyak good feedback dari company

Norhalidah Ah Syikin

Sungguh terbaik

Template resume yang saya beli sungguh terbaik !! Selepas beberapa hari saya membeli template tersebut, saya mendapat panggilan temuduga dan mengatakan resume saya sungguh kemas dan padat !! Terima kasih Template Resume !! Kerja yang sungguh pantas dan cepat !! ??

Nabilah Huda

Sudah bekerja dalam perkhidmatan awam

Template resume tuan/puan yang buatkan saya melepasi temuduga dalam perkhidmatan awam dan telah berkhidmat. Sebelum ini saya hanya menggunakan resume yang saya buat sendiri dan keputusannya ialah tidak berjaya melepasi temuduga tersebut. Terima kasih.

Amzar Jar

Telah mendapat kerja

Terima kasih. Sememangnya saya telah mendapat kerja. Saya menggunakan template resume yang dibeli. Terima kasih.

Ju Ann

Pernah Mengikuti Temuduga

Template yg menarik dan mudah. Belum mendapat pekerjaan. Pernah mengikuti temuduga.
Khairul Syafwan

Diterima bekerja di 3 buah syarikat

Assalamualaikum, Saya nak ucapkan thank you sangat kepada template resume team atas idea bernas mencipta template ni.  Sejujurnya ia sangat membantu sepanjang proses job application saya. Boleh dikatakan 95% company respond dengan jemputan interview dan saya diterima bekerja di 3 buah syarikat dalam tempoh waktu yang sama.  Sungguh rezeki itu ditangan Tuhan tapi kita manusia harus juga ikhtiar dan usaha. Thank you team. Keep the great ideas coming!  Regards, Nurul Amirah

Nurul Amirah

User-friendly templates

I liked your templates, as it was user-friendly and it was easy to edit as well.

Zandra Lavanya

Servis terbaik dan sangat pantas

Servis memang terbaik dan sangat pantas. Saya juga dapat banyak panggilan temuduga dan akhirnya telah berjaya mendapat perkerjaan yg diinginkan.
Ashraf Wajdi

Dapat kerja cepat

Resume ni buatkan saya dapat kerja dengan cepat.. Berapa hari sahaja cari kerja dengan guna resume ni, terus dapat kerja. Saya fresh graduate, dan dapat kerja dibawah kos yang saya belajar ? terima kasih ?

Ain Izzaty

Berkesan

Hi admin . Terima kasih atas khidmat resume yg admin tawarkan . Sangat sangat lumayan dan berkesan . Terima kasih . Semoga segala khidmat resume yg admin tawarkan dapat lagi berkembang luas untuk masa akan datang .
Haziqah Abu Hanifah

Tak perlu buang masa buat resume

Alhamdulillah.  Before this I pernah beli resume dengan HQ u . Sumpah tak rugi! Bukan dapat satu design je. Dah laa banyak design cantik² !  U punya resume sangat membantu I untuk interview.  Sometimes feel more confident tengok my resume kalau nak pergi interview mana² company kerajaan or swasta. Although,  smpaikan ade setengah majikan siap puji resume cantik kemas & mudah nak baca.  Peluang nk dpt kerja dah 80% . 20% atas majikan je. Just edit sikit2 jer tukar details personal apa yang patut and add on experience tu je senang,  tak perlu buang masa buat resume dekat Microsoft. Alhmdulillah semua tempat yg sy pergi interview kerja , semua dapat!  Now,  saya dah bekerja as Teacher.  Thanks!  Semoga murah rezeki yg melimpah luas. Amin

Razhiman Saaban

Memudahkan urusan

Alhamdulillah servis template resume yang saya beli tu sangat bagus, style yang cantik dan menunjukkan resume yang menarik, termasuk beberapa lagi style resume yang boleh dipilih berserta panduan untuk penyuntingan. Terima kasih kerana memudahkan urusan saya template resume!

Danial Shafiq

Mohon kerja part time

Alhamdulillah dengan menggunakan perkhidmatan anda yang cepat sangat membantu saya dalam menyiapkan resume..ia ringkas tepat dan padat..saya juga telah memohon beberapa kerja part time dengan menggunakan resume ini dan pekerjaan saya itu diterima ..terima kasihhh saya syorkan template resume ini

Fathin Nadhirah

Puas Hati

Saya ingin menyatakan bahawa, hasil template daripada tuan/puan amat memuaskan hati. Dengan persediaan template yang menarik dan tersusun membuatkan kerja saya lebih mudah dan cantik.  Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas apa yang tuan/puan jualkan pada saya dan semua orang di luar sana.  Terbaik bossku
Al-Aswad

Sudah kerja sebagai Penolong Pegawai Pertanian

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi. Terima kasih jugak atas template2 resume yang menarik. Saya beli template resume dalam bulan [email protected] Saya dapat interview bulan 9. Results bulan 11. Bulan 12 start lapor diri sebagai Penolong Pegawai Pertanian G29. Alhamdulillah, terima kasih bebanyak.

Azri Mohd

Dipercayai 100%

Design yang menarik,harga yang berpatutan,urusan jual beli pantas dan penjual yang dipercayai 100%

Afiq Rahim

Sudah bekerja

As’salam.. Alhamdulillah.. saya sudah mendapat kerja berkat dari template resume team..
RASHIDI ROSLAN

Really worth it!

I would just like to say that it is really worth it! After I use that template, I got the job interview that I applied for and was immediately hired. Sangat-sangat berbaloi because banyak template yang cantik for those who are intending on applying to creative companies. Ada template yang attractive juga for management and other sectors sebab it shows good presentation through that resume. Senang cakap, nampak kemas.

Beatrice Welma Anak Bangga

Habis study terus apply guna resume

Alhamdulillah… Terima kasih laa pada bro… Sekarang ni saya dah pun berkerja??… Habis je study tahun lepas dalam bulan september  terus saya apply job guna resume yang saya beli dari bro tu… And now saya dah kerja pun dah nak masuk 5 bulan dah… Resume tu pun semuanya gempak2 design dia… Banyak pulak tu… Thanks… Sekarang ni zaman dah moden dah… Pemikiran orang makin creative.. So kita nie pun kena la creative kan diri kan kalau nak dapatkan sesuatu.. Mana boleh guna cara lama… ? memang orang kata rezeki tu ALLAH yang tentukan tapi kita sebagai manusia ni kena laa ade effort lebih kalau nak orang lain tertarik dengan kita.. Kan.. Kan…
Thanks bro… Halalkan template resume yang saya beli ya… ??
Nero String

Sudah dapat kerja

Terima Kasih kerana saya sudah dapat kerja dari resume yang di sediakan
Muhammad Arif

Banyak membantu

Alhamdulillah banyak dapat membantu saya. Dah kerja hasil resume anda

Abu Khairi

Dipanggil temuduga pertama kali

Alhamdulillah, dengan menggunakan template resume dari pihak kamu, saya berjaya dipanggil untuk menghadiri temuduga untuk pertama kalinya.. Template yang ringkas dan padat serta senang untuk difahami dan digunakan.. Syabas untuk anda semua

Dina Diana

Lebih menonjol

1. Terima kasih kerana menyediakan template yang terbaik.
2. Template dapat membuatkan resume saya lebih menonjol, ringkas & padat.
3. Peluang saya untuk dijemput menghadiri temuduga meningkat.
Keseluruhan terbaik. 10/10
Fezree Aziz